Saturday, 20 April 2013

Gambar Terkini Datuk K Selepas Kemalangan

Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya di New Zealand pada Disember lalu, semalam suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai selepas insiden terbabit.
Datuk Khalid atau lebih mesra dengan gelaran Datuk K hadir menemani isterinya pada satu majlis di Putrajaya semalam dengan memakai alat sokongan leher serta kelihatan ceria sepanjang majlis itu berlangsung.
Bercakap kepada MalaysianDigest, Datuk Siti menjelaskan, “Alhamdulillah, suami semakin pulih. Dah berjalan dan hari ni (semalam) dia nak ikut saya ke sini. Dia pun dah mula bekerja sejak dua minggu lepas. Dia dah mula buat rutin harian dan dah kembali pergi gim”.
Diharapkan tahap kesihatan Datuk K akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...