
Nonis atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, berkata, keputusannya itu mengundang persepsi tidak benar sesetengah pihak yang beranggapan dia seperti mahu berbaik-baik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.
“Saya menarik balik tuntutan itu kerana tidak mendapat kerjasama suami untuk bercerai secara baik di mahkamah apabila dia enggan menerima surat saman atau hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes kami.
“Ramai menyangka saya tidak jadi bercerai dan mula melemparkan kata-kata negatif dengan mengatakan saya perempuan ‘ting tong’, ‘sewel’ dan ‘gila talak’,” jelasnya.
Tambah Nonis, dia dan peguamnya, Datuk Amli Embong telah berbincang untuk menuntut penceraian secara fasakh terhadap Rosman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan hampir setahun.
“Saya mahu bercerai secara baik dan enggan kisah ‘dalam kain’ dibongkar di mahkamah tetapi dia enggan memberikan kerjasama dan mengelak daripada menyelesaikan masalah.
No comments :
Post a Comment