Monday, 29 April 2013

Gempar! Lelaki Pijak Al-Quran Di Masjid Pengkalan Batu

Seorang lelaki bertindak memijak sebuah Al-Quran telah menggemparkan beberapa orang jemaah yang ada disitu. Kejadian dilaporkan berlaku di Masjid Pengkalan Batu kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Hasil dari rakaman video memperlihatkan seorang lelaki yang berseluar pendek masuk ke dalam masjid tersebut dan terus mengambil senaskhah Al-Quran lalu memijak-mijak Al-Quran tersebut.

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

Jika mengikut kata bekas kekasih kepada Puteri Sarah Liyana, memang ya aktress ini sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem & juga pelakon popular, Syamsul Yusof.
Ammar Alfian melahirkan rasa pelik kenapa Puteri Sarah Liyana masih merahsiakan hubungan dengan Syamsul Yusof sedangkan mereka sudah bercinta sejak Oktober tahun lalu.
“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak,” ujar Ammar Alfian kepada mStar Online hari ini.
Ammar Alfian turut berkata yang beliau mengambil keputusan membuat pendedahan ini kerana bosan dengan sikap Puteri Sarah Liyana yang suka memburukkan dirinya di media & krew produksi penggambaran.
“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya”
“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” kata Ammar Alfian yang turut mengakui beliau kini sedang bercinta dengan seorang model bernama Shella

Keputusan Arsenal vs Man United 28 April 2013

Arsenal terlepas peluang untuk mengekalkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar seri 1-1 ketika bertemu Manchester United di Stadium Emirates semalam.
Ia membuka ruang kepada Chelsea untuk merampas kedudukan tersebut apabila mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas Swansea City 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Bagaimanapun, Arsenal berjaya mengejutkan juara EPL musim ini, United dengan gol pembukaan seawal minit kedua melalui Theo Walcott yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum melakukan rembatan menewaskan David De Gea.
Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum separuh masa pertama tamat apabila Robin van Persie menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dikasari oleh Bacary Sagna dalam kawasan tersebut.

Dua Sahabat Edar Ganja Dihukum Gantung

Dua sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat 18.19 kilogram di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani dekat sini dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati keterangan pembelaan T. Revi, 46, dan R. Hatitan, 36, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah tersebut di hadapan kedai Fiber Optik, Concept Store, No. 21, Jalan Tuanku Haminah 1, Taman Tuanku Haminah, pada pukul 9 malam, 6 Mei 2011.

Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Nahas Ngeri Di Mersing

Hasrat tiga beranak untuk menghadiri majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Savvy yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Mersing-Kota Tinggi semalam.
Kejadian yang melibatkan lima buah kenderaan pada pukul 9.45 pagi itu mengorbankan Hassan Ahmad, 38, dan isterinya, Azliana Mohd. Shari, 30, manakala anak mereka, Nuri Yasmin, 9, parah.
Azliana meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya maut ketika menerima rawatan di Hospital Mersing. Nuri Yasmin yang cedera di kepala kini stabil selepas dirawat di hospital yang sama.
Difahamkan, keluarga mangsa tertinggal dari konvoi yang dalam perjalanan dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi ke Felda Tenggaroh untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori lima tan yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh empat buah kereta.

(GAMBAR) Lagi 28 Pelajar SMK Sri Pantai Hidu Gas Beracun

Seramai 28 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pantai, Kuala Kedah, dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana mengalami sesak nafas disyaki akibat terhidu gas beracun, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, semua pelajar sekolah berkenaan dipercayai baru sahaja selesai menghadiri perhimpunan pagi, bagaimanapun secara tiba-tiba sebahagiannya dipercayai berasa tidak sedap badan dan sesak nafas sebelum pengsan.
Mangsa, Siti Nur Fatin Afiqah Azizan, 17, berkata, mereka dikumpulkan di satu tempat selepas selesai perhimpunan dan ditanya mengenai keadaan mereka sama ada sihat ataupun tidak.
“Guru bertindak pantas bagi mengawal keadaan yang berlaku, dengan menyoal dan memeriksa badan setiap pelajar sama ada badan kami sihat ataupun tidak akibat terhidu gas yang dipercayai beracun itu.
“Malah, mereka memberi kebenaran untuk kami pulang ke rumah masing-masing untuk berehat, sementara pelajar yang tidak sihat diminta supaya segera ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut kerana didapati beberapa pelajar pengsan,” katanya.
Manakala, rakannya, Nurul Syalen Abdullah, 17, yang turut mengalaminya berkata, walaupun sihat dan dibenarkan balik akibat kejadian serupa pada Khamis lepas, dia masih pening dipercayai akibat kesan sampingan daripada terhidu gas beracun itu.
Bagaimanapun, katanya, dia masih meneruskan persekolahan seperti biasa semalam, sehinggalah insiden keracunan gas berulang lagi tanpa disedari sesiapa mahupun punca sebenarnya hingga mengakibatkan beberapa pelajar mengalami sesak nafas.
“Kebanyakan mangsa kali ini adalah pelajar yang sama dalam kejadian sebelum ini. Mungkin kerana kesannya masih ada namun sebahagian daripadanya tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Seorang lagi pelajar, Lizawati Abu Bakar, 17, berkata, dia tidak menghidu bau kuat seperti dalam kejadian sebelum ini, namun secara tiba-tiba matanya menjadi kabur dan pedih, manakala tekaknya pahit serta badannya dirasakan tidak sihat sehinggalah pengsan tanpa disedarinya.
Sementara itu, Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan dan Trauma HSB, Dr Fatahul Laham Mohamad, berkata, seramai 28 mangsa yang dibawa ke hospital pada jam 10 pagi itu menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Katanya, kebanyakan pelajar yang mengalami keracunan gas terbabit dipercayai mangsa sama seperti sebelum ini, namun empat daripadanya adalah pesakit baru.
“Tiga pelajar lelaki dipercayai mengalami keracunan, manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan stabil, dan punca sebenar kejadian masih tidak diketahui,” katanya.
Pada 23 April lalu, seramai 58 pelajar tingkatan empat dan lima, seorang guru dan seorang waris dikejarkan ke HSB dipercayai terhidu gas beracun.

TG Abdullah Saamah Kena Strok, Mulut & Kaki Tidak Boleh Bergerak

Siapa Tuan Guru Abdullah Saamah ni, korang boleh rujuk blog Addin tentang berita yang disiarkan dan apa yang telah dinyatakan dalam ucapannya.
Ada info daripada Hamdan Mohamad menyatakan Tuan Guru Abdullah Saamah kena strok dan tak boleh bercakap. Kesahihan berita tu tak pasti sebab aku tak pergi. Tapi ada orang menyatakan dia dapat sumber pun dari mereka yang telah melawat.
Harap kita semua sedar apa yang kita buat dan bertaubat sebelum terlambat.

(VIDEO) Ustaz Sekolah Agama Di Kedah Belasah Anak Muridnya!

Video ini baru dimuat naik semalam. Ia memperlihatkan bagaimana seorang pentadbir sebuah sekolah agama melayan salah seorang anak muridnya. Tidak diketahui apa salah budak berkenaan, namun rasanya layanan seumpama itu mungkin agak keterlaluan.
Pihak yang memuat naik video berkenaan menulis penjelasan berikut di Youtube;
Memang cukup zalim apabila seorang pelajar sekolah pondok yang agak terkenal di Baling telah dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang Ustaz Rejim PAS yang mengajar di sekolah berkenaan.
Pisau Kedah di fahamkan Ustaz Rejim PAS berkenaan merupakan di antara orang kuat calon PAS DUN Kupang, Johari Abdullah di dalam Pemuda PAS Kawasan Kupang.
Selain dari mengajar di sekolah pondok berkenaan, Ustaz berkenaan juga dilantik Kerjaan Negeri Kedah bawah pentadbiran PAS sebagai Ahli Majlis dalam Majlis Daerah Baling.

Industri Muzik & Filem Akan Hancur Jika PAS Pegang Kuasa – Norman KRU

Norman KRU Twitter
Keputusan parti manakah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara belum pun lagi diumumkan. Rakyat Malaysia masih ada enam hari lagi sebelum tiba hari membuat pilihan, pada Ahad ini. Namun, bak kata seorang teman, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan negara.
Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan akan musnah jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dibenarkan memerintah. Luahan Norman itu mendapat pelbagai reaksi serta mendapat kritikan pedas rata-rata peminat dan rakan artis yang menyifatkan pengarah urusan KRU Studios itu mahu ‘mengampu’ pihak kerajaan, tapi tak kena caranya. – LIMAU AIS

Azhar Sulaiman Rela Dipanah Petir Jika

Keberanian yang ditampilkan Azhar Sulaiman sememangnya sukar disangkal lagi. Terbaru melalui facebook miliknya, dengan meyakini video seks iras Anwar Ibrahim adalah tulen, beliau menyatakan kesediaannya untuk dipanah petir sekiranya ketulenan video itu dapat dinafikan.

Turunkan harga minyak satu pembohongan besar Anwar

Janji kononnya harga minyak akan diturunkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini, merupakan satu pembohongan besar pihak pembangkang bagi menarik sokongan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menjaja cerita itu dalam siri ceramahnya, hanya bertujuan memancing undi semata-mata.
“Jika harga minyak diturunkan 20 sen seliter, kerajaan akan menanggung bebanan berjumlah RM4 bilion setahun, apa yang dijaja Anwar, hanyalah janji bohong semata-mata,” katanya.
Beliau berkata Anwar dilihat bertindak menabur segala janji bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mencapai cita-citanya ke Putrajaya.
Anwar pada ceramahnya di Simpang Sebertak, dekat sini dua hari lepas menaburkan pelbagai janji termasuk menurunkan harga minyak bagi menarik sokongan rakyat di kawasan berkenaan.
“Rakyat jangan mudah terperangkap dengan pembohongan pembangkang kerana apabila hajat mereka tercapai, segala yang dijanjikan hancur dan hilang semuanya dan yang menderita adalah rakyat,” kata Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi kawasan Parlimen Bera.
Mengulas mengenai tuduhan calon PKR di Parlimen Bera, Zakaria Abdul Hamid, kononnya kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi menangani bekalan air dan meningkatkan kemudahan infrastruktur, Ismail Sabri berkata calon PKR itu bercakap tanpa fakta yang benar.
“Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM18 juta sebelum ini bagi kerja-kerja menaik taraf jalan antara simpang Triang Satu ke Tembangau, sebanyak RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaik taraf jalan dari Kerayong ke Simpang Sebertak dan RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Simpang Pos Iskandar Orang Asli ke jalan Ladang Bera Kemayan,” katanya.
Beliau berkata kerja kerja menaik taraf jalan itu dijangka siap akhir tahun ini.
Mengenai masalah bekalan air, Ismail Sabri berkata kerja-kerja menukar batang batang paip lama di parlimen itu sedang dijalankan kontraktor membabitkan peruntukan lebih RM50 juta.
“Semua tuduhan Zakaria itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan dari masa ke semasa melaksanakan pembangunan di daerah ini,” katanya.

Gambar Ceramah Ustaz Azhar Di Presint 19, Putrajaya

Jika ceramah Ustaz Azhar Idrus di Melaka tempoh hari mencatat kehadiran lebih dari 30,000 orang, bagaimana pula dengan ceramah beliau di Putrajaya malam ini? Adakah mampu mengatasi jumlah kehadiran di Melaka? Untuk pengetahuan semua, ceramah UAI malam ini diadakan Padang Bola, Loji Pembersihan Konsortium ABASS, Presint 19 yang turut menampilkan Ustaz Nazmi Abdul Karim dan Prof Dr Kamaruzzaman Yusof.


Bapa Maut Digilis Lori Lebih 10 Tan

Dua beradik lelaki meraung sambil mendakap erat mayat ayah mereka yang berlumuran darah selepas terbabit kemalangan di hadapan simpang tiga, Jalan Batang Melaka, Ayer Kuning Selatan, dekat Gemencheh, pagi semalam.
Masing-masing, Chong Yow Sang, 45, dan adik bongsunya, Chong Ah Lee, 40, tidak mampu menahan sedih dengan kematian ayah mereka, Chong Kow, 64, sekali gus menerbitkan simpati orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa menunggang motosikal jenis Honda untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru Air Kuning Selatan.
Menurut sumber, sebaik mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan untuk ke rumahnya, tiba-tiba muncul lori dari arah Air Kuning menghala ke Sungai Dua.
“Mangsa tidak sempat berhenti dan dilanggar lori menyebabkan dia dan motosikal melambung sejauh 20 meter. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.

Timbalan KP Kastam yang mati ditembak dinaikkan gred

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak kelmarin dinaikkan gred daripada Jusa B kepada Jusa A.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Kondominium Putra Intan, Dengkil pagi tadi.
“Dengan kenaikan pangkat secara ‘Posthumous’ bererti bahawa faedah gratuiti dan pencen juga bertambah.
“Ini adalah untuk kerajaan mengiktiraf pengorbanan mutlak yang dilakukan sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang begitu gigih dan berdidikasi dalam menjalankan tugas untuk negara ,” katanya.

Tiga Sekawan Jadi Korban Tragedi Kepala Air

Dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang mandi di kawasan perkelahan Batu Hampar di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas ketika hujan lebat petang kelmarin mati lemas dihanyutkan arus deras kepala air.
Kejadian berlaku pada pukul 5.20 petang.
Mereka yang maut ialah Muhamad Khairul Safuan Tajudin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17, dan Nor Aida Azhar, 17.
Abang kembar kepada Muhamad Khairul Safuan iaitu Muhamad Khairul Azwan, 18, bagaimanapun terselamat dan mengalami cedera ringan.
Mayat Muhamad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi dia dihanyutkan.
Mayat Farah Anisah pula ditemui pada pukul 10.30 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Nor Aida ditemui pada pukul 7.30 pagi semalam kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan.
Muhamad Khairul Azwan yang terselamat berkata, mereka pergi ke kawasan itu bersama tujuh rakan lain.
“Hujan agak lebat ketika itu. Ketika kami bersiap-sedia untuk pulang, arus deras tiba-tiba datang dan menghanyutkan adik saya.
“Saya sendiri sempat berpaut pada pokok buluh di tebing sungai. Saya kemudian menyedari dua rakan kami iaitu Farah Anisah dan Nor Aida turut hilang,” katanya.

(GAMBAR) Pendakwah Terkenal Indonesia, Ustaz Jeffery Al-Buchory Meninggal Dunia

ustaz jafferyJumaat hari ini membawa khabar yang agak duka apabila ulama muda dan ustaz yang sangat popular di Indonesia, Ustad Jeffery Al-Buchory yang lebih dikenal dengan nama Ustad Uje meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di bulatan Pondok Indah, Jakarta Selatan , lewat malam tadi.
“Kecelakaan pemotor Kawasaki B 3590 SGQ di Jl Gedong Hijau 7 Pondok Indah, korban meninggal dunia atas nama Jefri Al Buchori,” menurut akaun rasmi Twitter Polis Metro Jaya TMC Indoensia.
Polis negara berkenaan juga memberikan pengesahan melalui telefon kepada media Indonesia.
Ustaz Uje menghembus nafas terakhirnya di Rumah Sakit Pondok Indah pukul 1 malam tadi.
ustaz jeffery motosikal
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Perum Bukit Mas, Jalan Narmada III, Rempoa, Bintaro, Tangerang Selatan.
Sementara itu, media negara jiran juga melaporkan tweet terakhir ustaz berkenaan pada 13 Mac lalu yang memberikan gambaran seolah-olah beliau tahu masanya untuk pergi sudah tiba.
“Pada akhirnya.. Semua akan menemukan yg namanya titik jenuh.. Dan pada saat itu.. Kembali adalah yg terbaik.. Kembali pada siapa..??? Kpd “DIA” pastinya.. Bismi_KA Allohumma ahya wa amuut..,” tulis Uje dalam akun twitternya @jefri_buchori.
Almarhum meninggalkan seorang isteri, Pipik Dian Irawati Popon dan tiga anak yakni Adiba Khanza Az-Zahra, Mohammad Abidzar Al-Ghifari, dan Ayla Azuhro.
1139157-rumah-uje-620X310
sss
164618_10151601787011535_683537308_n
Pemakaman Uje2
Pemakaman Uje3

Aku Janji BN, 20 Liter Air Percuma Untuk Rakyat Selangor!

Sebotol kecil air mineral 500ml atau setengah liter rasanya tak cukup untuk membasuh berak anak. Untuk membasuh kencing mungkin cukup.
Bayangkan janji manifesto BN Selangor untuk rakyat Selangor apabila berjaya memerintah Selangor, rakyat akan diberikan 20 liter air paip percuma bersamaan dengan 40 botol 500ml air mineral berdasarkan poster di atas. Rasanya untuk buat mandi wajib pun tak lepas.
Itulah bahananya apabila asyik meniru apa yang telah dibuat oleh kerajaan PR Selangor yang telah pun memberikan 20 meter padu air percuma.
Gambar di atas adalah poster kempen pilihanraya BN P095, Parlimen Tanjung Karang Selangor. Ia diwakili calon boleh ke menang Umno, Noh Omar.

(VIDEO) Luahan Hati Isteri Ustaz Jeffry Al Buchory

Pemergian Ustadz Jeffry Al Buchory bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada isteri serta anak-anak beliau malah seluruh jemaah yang pernah hadir ke ceramah beliau. Kuatnya seorang lelaki adalah dorongan isteri yang berada di sampingnya.
Isteri Allahyarham, Pipik Dian Irawati masih sukar untuk menerima pemerigian suaminya itu. Tangisannya yang teresak-esak jelas menunjukkan kejadian tersebut seolah-olah menusuk ke dalam hatinya.
Justeru, Pipik dan empat anaknya perlu redha menerika qada’ dan qadar yang telah ditentukan Allah.
Kami ingin berkongsi sebuah video luahan hati Pipik yang dimuat naik oleh sebuah laman web terkemuka di Indonesia, KapanLagi.com.
Dalam video tersebut, Pipik memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh Allahyarham.
Pipik juga berkongsi saat-saat terakhir dia bersama Allahyarham.
Salam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan bersimpati atas pemerigian seorang tokoh yang dikasihi ramai.
Al-Fatihah.

Siapa Husam untuk rampas Putrajaya, soal Mahathir

“Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.’
“Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi di Putrajaya.
Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.
“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.
“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’, malam tadi.
Sementara itu, Dr Mahathir tegas menyatakan relevan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) menempatkan Naib Presiden Pas itu di Putrajaya kerana menjangkakan beliau akan bertading di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
“Husam ini datang ke Putrajaya kerana mereka percaya saya akan bertanding di sini. Tetapi seluruh dunia dah tahu saya telah bersara dan tidak pernah berniat untuk bertanding semula walau dengan sesiapa pun.
“Husam juga pernah tawarkan diri untuk berdebat dengan saya, orang seperti ini bukannya tahu untuk berdebat yang dia tahu hanya membuat bising. Dan kalau dia salah pun tidak akan mengaku,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mempertikaikan siapa Husam sekitanya dibandingkan dirinya yang jauh lebih berusia dan berpengalaman.
“Kalau banding umur saya dan umurnya, dia masih budak-budak. Pergilah berdebat dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kau, tak usahlah nak cabar-cabar orang,” katanya.
Dr Mahathir turut menempelak dakwaan yang dikeluarkan pakatan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan pembinaan Putrajaya sebagai pembaziran duit kerajaan dan meniru bangsa asing kerana wujud perkataan ‘presint’.
“Sebenarnya Putrajaya bukanlah satu pembaziran pembinaanya bertujuan menyediakan kemudahan untuk sebuah negara yang kian maju. Mereka juga pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya.
“Saya dah belikan loceng untuk Nik Aziz supaya dia boleh duduk di hadapan masjid dan lelong, pada saya masjid di sini cukup sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah. Tetapi sekarang mereka kata tidak mahu lelong Putrajaya sebab nak datang ke sini untuk dirikan kerajaan persekutan,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya Putrajaya dibangunkan untuk mendirikan kerajaan tetapi bukan untuk Nik Aziz, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sudah tentunya bukan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka tidak layak untuk berada di sini menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir beberapa kali mengingatkan pengundi dan rakyat di Putrajaya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam memastikan Putrajaya kekal sebagai tempat di mana negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.

UMNO Seberang Takir Jadi Pengedar Video Lucah?

Poster yang menawarkan video seks fitnah ini didakwa dirakam di Seberang Takir, Terengganu. Pemimpin UMNO negeri itu sebelum ini meminta ahli parti itu berhentimenayangkan dan mengedarkan video fitnah tersebut, malah polis turut memberikan amaran agar pihak yang terbabit menghentikan kempen jijik itu.
Poster di atas jelas membuktikan bahawa aktiviti penayangan dan pengedaran video seks fitnah melibatkan pemimpin PR benar-benar berlaku. Apa tindakan pihak berkuasa? Hanya sekadar memberikan amaran?
Yang mana pilihan pengundi? Harga minyak lebih murah, pendidikan percuma, pendapatan lebih banyak atau video seks fitnah dan saham ke neraka?

Sunday, 28 April 2013

Juliana Md. Fuzi, gadis yang dibunuh sahabat sendiri

Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!
hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua.
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
Mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!
kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html
akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua.

Budak Sekolah Best kena Raba Update Facebook

Budak Sekolah Best kena Raba Update Facebook:-Lihatlah sendiri berapa banyaknya remaja melayu yang sangat mengilakan sexy


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...