Monday, 21 October 2013

Akhirnya Dapat Teruna Dia, Fuhh.

Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi


“YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)”
Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat.


Diana Amir Bakal Bernikah 25 Oktober (GAMBAR)

Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang media, pelakon itu telah menunjukkan siapa orangnya. Nama tunang Diana Amir ialah Mohd Habib Bullah A. Rahman dan memang segak orangnya.


Pasangan ini mengumumkan akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd dan seramai 250 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat bakal hadir. Turut kelihatan di sidang media ialah David Teoh yang juga majikan Diana amir.
Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Samsultahir Photography. Sila ke laman web rasmi beliau untk melihat pakej-pakej fotografi perkahwinan menarik untuk hari bersejarah anda.

Zed Zaidi Bakal Kaji Semula Kontrak Wawa Zainal Dengan MIG
















Pernikahan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal benar-benar memberi kesan yang hebat sehingga mendapat perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Zed Zaidi selaku presiden persatuan itu terpanggil untuk mengkaji isu artis dilarang bercinta mahupun berkahwin sepanjang tempoh kontrak dan beliau memandang perkara itu dengan serius.
“Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia.
“Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran,” jelasnya.
Sebagai tidakan mengenai isu ini, Zed Zaidi berkata pihaknya akan mengkaji semula terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian samaada ianya menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950 — jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah.
“Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit & meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara,” tambahnya.

Monday, 17 June 2013

(15 GAMBAR) Sekitar Anugerah Blockbuster 2013, Hantu Kapcai Menang Filem Terhebat

Malam tadi telah berlangsung Majlis Anugerah Blockbuster 2013 yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama daripada Astro selaku saluran rasmi. Untuk majlis ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan dan semua keputusan ialah berdasarkan 100 peratus undian daripada orang ramai. Ini ialah gambar-gambar permaidani merah untuk majlis tersebut.




Keputusan penuh semua pemenang ialah:-

  • Anugerah Filem Terhebat – Hantu Kapcai
  • Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (‘Jalan Kembali – Bohsia 2′)
  • Anugerah Filem Aksi Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
  • Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (‘Hantu Kapcai’)
  • Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (’3 Temujanji’)
  • Anugerah Drama Muzikal Terhebat – ‘Aku Ada, Kau Ada???
  • Anugerah Lagu Tema Terhebat – ‘Beginilah Caranya’ (filem ‘Aku Ada Kau Ada’)
  • Anugerah Hero Baru Terhebat – Izzue Islam (’29 Februari’)
  • Anugerah Heroin Baru Terhebat – Neelofa (‘Hantu Kapcai’)
  • Anugerah Direktor Baru Terhebat – Dharma Harun Al-Rashid (‘Adik Manja Returns’)
  • Anugerah Watak Penjahat Terhebat – Sofi Jikan (‘Jalan Kembali- Bohsia 2′)
  • Anugerah Filem Kelakar Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
  • Anugerah Filem Seram Terhebat – ‘Sumpahan Kum-Kum’
  • Anugerah Filem Terhebat Astro First – ‘Ombak Rindu’
  • Anugerah PFM – Mejar David Teo
  • Anugerah WeChat – Stacy
Untuk makluman anda, majlis ini berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustafa via Malaysian Digest.















Friday, 17 May 2013

Hadiah Ciuman Untuk Ibu Sebelum Maut Dalam Nahas

Ciuman pipi daripadanya anaknya sempena Hari Ibu, Ahad lalu, pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat seorang ibu. Ini berikutan anaknya itu akhirnya ditemui mati dalam longkang di Jalan Pokok Mangga, di Malim, pagi semalam.
G Navindran, 18, ditemui mati bersama rakannya, K Kamaraj, 23, seorang warga India oleh orang awam kira-kira 10 pagi, di dalam longkang berhampiran rumah kedai Taman Seri Mangga.
Berdasarkan fizikal, kedua-dua sahabat itu dipercayai terbabit kemalangan pada awal pagi apabila motosikal jenis Modenas Kriss milik ayah Navindran yang ditunggangi mereka terjunam ke longkang berkenaan.
Ibu Navindran, M Sarsavathy, 43, berkata, dia pada mulanya berasa hairan apabila anaknya tidak pulang rumah selepas keluar kira-kira 8 malam kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila diberitahu suami bahawa anak ketiga daripada enam beradik itu kemalangan, sebelum mengetahui anaknya telah meninggal dunia.
“Dia yang selalu keluar minum bersama rakan-rakan biasanya balik ke rumah pada awal pagi. Setiap kali saya keluar pergi kerja, dia sedang tidur.
“Tapi, pagi tadi (semalam) saya periksa bilik dia, dia tiada. Saya mula tertanya-tanya kenapa dia tidak balik lagi. Saya terkejut apabila suami telefon jam 11 pagi menyuruh saya ke hospital kerana anak saya kemalangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Sarsavathy yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat Tenggara, di sini berkata, anaknya itu baru sahaja tamat mengikut latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Asahan, Jasin bagaimanapun sempat meraikan hari ibu, Ahad lalu.
Menurutnya, anaknya itu beriya-iya mahu meraikan Hari Ibu dan meminta bapanya, B Gunahsegaran, 51, membelikan makanan di sebuah restoran makanan segera untuk makan bersama-sama dengan adik-beradik.
“Dia sempat ‘hadiahkan’ ciuman kepada saya pada Ahad malam Isnin lalu.
“Dan semalam, semasa kami duduk bersembang, dia ada memberitahu mahu bekerja mengumpul wang untuk duit poket sendiri sebagai kelindan lori sementara menunggu untuk sambung belajar,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri mengesahkan kejadian.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perompak Pakai Pistol Mainan Teruk Kena Belasah

Seorang lelaki yang cuba untuk merompak sebuah keluarga di Kampung Tupong Ulu di sini semalam dengan menggunakan pistol mainan bukan saja gagal malah suspek turut menjadi mangsa belasah penghuni rumah berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek yang dipercayai penagih dadah hanya sempat mencuri sepasang kasut sukan milik penghuni rumah terbabit.
Cerita penghuni rumah yang cuba dirompak, Tasmin Mulana Sarkawi, 32, sebelum kejadian dia berada di dapur sebelum ternampak kelibat seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya.
Suspek masuk ke dalam rumah Tasmin melalui pintu depan kerana pintu jeriji rumah kampung milik mangsa tidak dikunci.
“Saya tidak panik lalu menegur lelaki itu mengapa dia menceroboh masuk rumah saya. Tanpa jawapan suspek terus mencapai sepasang kasut sukan saya yang diletakkan di depan rumah dan melarikan diri,” kata Tasmin ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tasmin memberitahu, dia terus mengejar lelaki itu sebelum suspek jatuh tersungkur menyebabkan dia membelasah suspek terbabit.
“Saya tumbuk muka suspek dan ketika itu suspek bertindak agresif dengan cuba melawan balik,” kata Tasmin.

Monday, 13 May 2013

Lana Nordin Melenting Ditegur Di Instagram?

Nama pelakon Lana Nordin dengan perkataan seksi sememangnya sinonim. Lana bukan saja suka berpakaian seksi, dia juga memuat naik gambarnya berpakaian seksi ke Instagram.
Berikutan satu gambar seksi Lana yang dimuat naik olehnya sendiri ke Instagram, dia telah ditegur oleh peminat yang menganggap pakaian yang dipakainya agak keterlaluan. Mungkin marah dengan teguran tersebut, Lana telah menjawab dia memakai apa yang dia suka, dan suka hatinya juga nak pakai apa pun.
Adatlah kalau meletakkan gambar yang tidak selari dengan norma masyarakat, pasti ada yang hendak menegur. Diharap Lana bersabar dan menerima kritikan dengan fikiran terbuka. Ialah, bak kata orang, berani buat, berani tanggung, bukan begitu?

Aksi Seksi Lana Nordin dan Stephanie Liah

Saksikanlah aksi mereka berdua yang digemparkan oleh blogger pihak sebelah sana…jangan sampai anda buat AKSI sudah!! Hahaha
Rasanya gambar ini dimuat turun oleh Stephanie sendiri untuk peminatnya untuk telemovie “NOKTAH CINTA ” yang dibuat di Sarawak….















Emma Maembong Rampas Kekasih Uqasha Senrose?

Tiada angin, tiada ribut, tersebar pula gosip tidak masuk akal tentang Emma Maembong yang dikatakan merampas kekasih Uqasha Senrose, Ally sehingga mereka berdua tidak bertegur sapa sejak hujung minggu lepas.
Terkejut dengan gosip liar berkenaan, Emma Maembong telah tampil membuat penjelasan melalui akhbar kosmo semalam dengan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Berikut ialah penjelasan beliau.
“Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu yang Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.”

Wednesday, 1 May 2013

Aiman Hakim Dan Fathia Berpeluk Sakan Di KLIA?

Bermacam-macam lelaki digosipkan bercinta denga pelakon Nur Fathia, sebelum ini dia digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Keith Foo dan seorang kerabat diraja.
Alih-alih pula sekarang dia dikatakan berpeluk sakan dengan pemenang trofi Artis Baru Lelaki Popular iaitu Aiman Hakim Ridza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut seorang petugas di KLIA yang menulis di forum Cari, dia ternampak pasangan ini yang dikatakan berpeluk sakan di sana.
Petugas itu turut menyebut ketika kejadian itu berlaku pasangan ini hanya berdua dan galak berpegang tangan dan berpeluk sakan ketika berjalan dihadapannya dan rakan yang lain.
Mungkinkah bibit-bibit cinta sudah berputik di antara kedua pelakon itu? Kalau betul pun apa salahnya, dua-dua pun masih solo kan..
Dalam perkembangan lain, mereka kini sedang meluangkan masa bersama dengan bercuti bersama peminat di Paris bersama dua selebriti lain iaitu Fizo Omar dan Tasha Shilla.

‘Saya Nekad Tikam Mata Buaya’

“Saya tikam mata buaya itu dengan pisau sebelum menyelamatkan diri,” kata mangsa serangan buaya dikenali sebagai Micheal, 43 di Sungai Bako, semalam.
Menurut Micheal, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dia yang berasal dari Kampung Jagoi Gunung, Bau pergi ke Sungai Bako berseorangan untuk memancing.
Katanya, sebaik memasang umpan pada mata kail, dia turun ke tebing sungai untuk membasuh kaki dan secara tiba-tiba kakinya digigit sesuatu sebelum ditarik masuk ke dalam sungai.
“Saya yakin benda yang menggigit saya itu buaya dan ia cuba mengheret saya ke tengah sungai. Saya cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan pada masa sama menyepak kepala reptilia itu beberapa kali.
“Ketika bergelut dengan buaya itu, mujur saya teringat pisau disimpan dalam poket seluar dan menggunakannya sebagai senjata menyerang matanya,” katanya ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

(GAMBAR) Remaja Rakam Adegan Cumbu Rakan Sendiri

Sepasang kekasih telah merakamkan aksi cumbu rayu mereka di sebuah taman. Klip mereka kemudiannya dimuat naik ke dalam Youtube hingga menyebabkan mereka menerima kecaman yang hebat dari penonton.
Klip berdurasi hampir 9 minit itu menyaksikan pasangan ini sedang duduk dibawah pokok sambil merakamkan aksi mereka melalui kamera dari telefon bimbit yang diletakkan di hadapan mereka.
Teman lelakinya dilihat sengaja melakukan rakaman tersebut kerana berdasarkan perlakuannya beliau cuba menyembunyikan wajahnya dengan memakai topi dan juga kerudung bajunya.
Video ini merupakan perlakuan dari remaja negara seberang, Indonesia berdasarkan dari dialek yang dipertuturkan.
Di Malaysia juga terdapat video-video sebegini malah ada juga yang lebih teruk.
Diharapkan ibu bapa tidak sewenang-wenangnya melepaskan anak-anak masing secara bebas membabi buta kerana tidak semua yang ada diluar sana mempunyai akhlak yang baik walaupun dari segi fizikalnya seperti ulama!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...