Wednesday, 1 May 2013

Noniswara Kesal Dituduh Sewel Gara-Gara Kes Cerai

Dramatis Noniswara kecewa apabila ada pihak melemparkan kata-kata negatif kononnya dia enggan berpisah dengan suaminya selepas menarik balik permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah dekat Petaling Jaya pada 18 April lalu.
Nonis atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, berkata, keputusannya itu mengundang persepsi tidak benar sesetengah pihak yang beranggapan dia seperti mahu berbaik-baik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.
“Saya menarik balik tuntutan itu kerana tidak mendapat kerjasama suami untuk bercerai secara baik di mahkamah apabila dia enggan menerima surat saman atau hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes kami.
“Ramai menyangka saya tidak jadi bercerai dan mula melemparkan kata-kata negatif dengan mengatakan saya perempuan ‘ting tong’, ‘sewel’ dan ‘gila talak’,” jelasnya.
Tambah Nonis, dia dan peguamnya, Datuk Amli Embong telah berbincang untuk menuntut penceraian secara fasakh terhadap Rosman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan hampir setahun.
“Saya mahu bercerai secara baik dan enggan kisah ‘dalam kain’ dibongkar di mahkamah tetapi dia enggan memberikan kerjasama dan mengelak daripada menyelesaikan masalah.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...