Pelakon Natasha Hudson yang telah selamat melahirkan puteri keduanya pada 22 April lalu telah memperkenalkan anaknya itu sebagai Naeema Taqiyyah menerusi akaun Instagramnya pagi ini.
Pelakon cantik itu juga berkongsi gambar anaknya itu dari pelbagai sisi khusus untuk pengikutnya di Instagram.
Nama Naeema yang dipilihnya bersama suaminya, Carleed Khaza itu membawa erti keselesaan, rahmat dan tenang sementara Taqiyah pula bermakna warak dan membuat sesuatu dengan betul dan bermoral.
Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Menerusi perkahwinannya sebelum ini, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.
Semoga kedua-dua puteri Natasha membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
No comments :
Post a Comment