Monday, 29 April 2013

Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Nahas Ngeri Di Mersing

Hasrat tiga beranak untuk menghadiri majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Savvy yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Mersing-Kota Tinggi semalam.
Kejadian yang melibatkan lima buah kenderaan pada pukul 9.45 pagi itu mengorbankan Hassan Ahmad, 38, dan isterinya, Azliana Mohd. Shari, 30, manakala anak mereka, Nuri Yasmin, 9, parah.
Azliana meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya maut ketika menerima rawatan di Hospital Mersing. Nuri Yasmin yang cedera di kepala kini stabil selepas dirawat di hospital yang sama.
Difahamkan, keluarga mangsa tertinggal dari konvoi yang dalam perjalanan dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi ke Felda Tenggaroh untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori lima tan yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh empat buah kereta.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...