Saturday, 27 April 2013

Kontroversi Zain Saidin Dalam Masterchef Selebriti 2

Kontroversi Zain Saidin dalam rancangan masterchef selebriti Malaysia ke 2 agak begitu hangat ketika ini. Nampaknya, watak yang dibawakan oleh Zain sebagai guru dalam rancangan Oh My English akan tercemar jika dia bersikap ego dalam rancangan tersebut. Menurut Chef Johari, kelakuan beliau dalam program realiti tersebut agak membimbangkan dan bakal memberi impak yang negatif. Berikut adalah penjelasan Chef Johari mengenai isu Masterchef tersebut.
Gambar Zain Saidin Dan Rozita Che Wan
zain
Penjelasan Chef Johari Isu Zain Saidin Sombong
Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak.
Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan.
Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watal lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...