Thursday, 25 April 2013

Kerana menggigit, Suarez digantung 10 perlawanan

Penyerang Liverpool, Luis Suarez telah digantung 10 perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England ekoran insiden menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.
“Tiga ahli jawatankuasa Bebas Peraturan yang memutuskan hukuman ini berasa penggantungan tiga perlawanan tidak mencukupi dan pemain ini akan menerima tujuh perlawanan tambahan yang menjadikan sepuluh kesemuanya.
“Penggantungan perlawanan ini akan berkuat-kuasa serta merta, ” kata kenyataan rasmi FA England di dalam laman web www.thefa.com.
Suarez mempunyai tempoh sehingga Jumaat ini untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...