Keputusan parti manakah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara belum pun lagi diumumkan. Rakyat Malaysia masih ada enam hari lagi sebelum tiba hari membuat pilihan, pada Ahad ini. Namun, bak kata seorang teman, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan negara.
Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan akan musnah jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dibenarkan memerintah. Luahan Norman itu mendapat pelbagai reaksi serta mendapat kritikan pedas rata-rata peminat dan rakan artis yang menyifatkan pengarah urusan KRU Studios itu mahu ‘mengampu’ pihak kerajaan, tapi tak kena caranya. – LIMAU AIS
No comments :
Post a Comment