Di wall Facebook kami tiba-tiba ada undangan dari penyanyi cilik Atilia, yang berbunyi ‘It’s time to vote! I’m gonna take on a region in Malaysia to Get Naked.’
Terkejut beruk seketika. Buang tebiat ke apa perempuan ni?
Namun setelah diteliti seketika mesejnya itu, oh! Ianya satu kempen dari syarikat produk kecantikan Dermalogical.
Kempen terbaru Dermalogica®, “Get Naked” mengajak anda untuk meraikan keaslian kulit dengan membuang atau membersihkan lapisan solekan yang tebal dan segala kekotoran pada muka.
Dengan slogan “Kulit sihat tidak perlu disembunyikan”, kempen ini merupakan lanjutan daripada penekanan Dermalogica® dalam membolehkan kesihatan kulit yang sebenar diserlahkan.
Manalah kami tahu pasal produk-produk kecantikan ni, lain kali kalau buat kempen, cakap biar terang!
No comments :
Post a Comment